Insiden itu dirakam oleh seorang pengguna sedang menuju ke arah sama dalam laluan yang betul kemudian memuatnaik ke akaun Facebook miliknya, Nana Kawaii sebelum tular.

Menerusi video berdurasi kira-kira satu minit itu, pemandu berusia dalam lingkungan 50-an yang memandu secara songsang itu dipercayai sedang mabuk.

Menurut pemilik akaun Facebook tersebut, beliau dan suami yang menyedari kejadian itu terus memberhentikan kenderaan mereka sebelum menahan pemandu berkenaan supaya berhenti kerana membahayakan pemandu lain.

Sebelum itu, pemandu yang memandu di laluan bertentangan itu dipercayai nyaris melanggar kereta yang datang dari arah Kuala Lumpur.

Selepas insiden yang membahayakan itu, pemandu tersebut enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, dia akhirnya memberhentikan kenderaannya selepas kehadiran polis peronda.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan kejadian itu dan kes akan di siasat dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE