Abu yang dimampatkan dalam bentuk kiub seberat kira-kira 10 kilogram setiap satu itu merupakan hasil inovasi yang diperkenalkan mulai 2016 lanjutan daripada masalah abu berterbangan ketika proses pelupusan sebelum itu.

Turut serta dalam program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd. Nor berkata, langkah yang diambil mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bermula dari pengumpulan (dropbox termasuk di masjid), pembakaran, pembentukan kiub dan pelupusan di laut.

"Langkah-langkah diambil dengan tertib bagi melupuskan mushaf al-Quran termasuk yang rosak, musnah, kehilangan muka surat dan tidak lagi dapat dibaca sebagai suatu tanggungjawab untuk memelihara kemuliaan al-Quran," ujarnya. - UTUSAN ONLINE