Insiden kira-kira pukul 5 petang itu berlaku apabila penonton tidak berpuas hati dengan jawapan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tragedi Memali di Baling, Kedah pada 1985.

Kekecohan dimulakan dengan balingan selipar, kasut dan botol sebelum disusuli dengan balingan kerusi dan mercun suar ke arah Mahathir dan barisan pemimpin tertinggi Pribumi serta para penonton.-UTUSAN ONLINE