Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga Dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, perjalanan kenderaan berat bagaimanapun masih lagi berpandukan kepada laluan alternatif seperti dimaklumkan sebelum ini.

“Sepanjang tempoh pembukaan kepada kenderaan ringan ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan pemantauan rapi demi keselamatan pengguna jalan raya.

“Papan tanda jalan alternatif juga telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005) sementara dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felda Changkat Lada (A266),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pengguna juga diminta terus bersabar serta mematuhi papan tanda arah keselamatan yang disediakan kerana kesulitan dihadapi hari ini adalah demi kesenangan pada masa depan. - UTUSAN ONLINE