Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe berkata pelancaran semula logo dan jenama produk itu dikhaskan untuk sembilan produk minuman popular mereka bagi menjadikannya lebih menarik.

"Antara jenama minuman yang dipilih adalah seperti Teh Lemon Ais, Teh Pic Ais, Teh Epal Ais, Teh Hijau Jasmin, Krasantimum, Cincau, Teh Kundur, Sengkuang Cina dan Soya.

"Penampilan terbaru ini menjadikan Seasons lebih relevan kepada pengguna moden yang mengamalkan gaya hidup sihat dan menitik beratkan kesejahteraan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE