Pengasas De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi berkata, kali ini De’Xandra tampil dengan enam siri wangian baharu yang mampu menjadi pilihan pengguna bersesuaian dengan personaliti atau karektor masing-masing.

“Enam siri wangian ini sememangnya ditunggu oleh pengikut De’Xandra selepas  lebih dua tahun jenama De’Xandra menemui pengguna.

“Pengalaman dan maklum balas pengguna digunakan sebaiknya sebagai cara pemilihan setiap wangian,” katanya ketika majlis penjenamaan semula De’Xandra yang berlangsung di Mercu Mustapha Kamal.

Enam siri berkenaan iaitu Deluxe Series, Elegant Series, Classic Series, Dynamic Series, Intense Series, Luscious Series dicipta istimewa bagi membezakan personaliti dan karektor pengguna.

Hadir dalam kemasan tersendiri siri berkenaan diilhamkan sempurna dalam botol berwarna putih untuk haruman wanita manakala hitam untuk haruman lelaki.

Ernayanee menambah, tiga kunci utama menjadikan pengguna setia dengan wangian De’Xandra adalah tahan lama dengan harga yang murah, mesra solat dan senang dibawa.

“De’Xandra juga telah banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi suri rumah dan pelajar untuk berniaga dari rumah menggunakan medium online sebagai platform permulaan,” katanya.

Harga untuk enam siri wangian baharu dijual pada harga serendah RM75 untuk 35ml.

Turut hadir pada majlis ini barisan selebriti popular seperti Intan Sarafina, Zaihani M. Zain, Sherry Ibrahim, Dynas Mokhtar dan Noryn Aziz. - UTUSAN ONLINE