Guru Besar sekolah tersebut, Ahmad Shahir Muhamad Hasan berkata, aktiviti itu merupakan program tahunan sekolah yang mula diadakan sejak tiga tahun lepas.

Beliau berkata, kehadiran watak-watak tersebut juga dapat mengurangkan rasa gementar murid-murid yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.

“Ternyata semua murid kelihatan ceria dengan aksi mencuit hati yang ditunjukkan oleh badut dan Kungfu Panda yang kami sewa khas dari luar. Bukan itu sahaja, aktiviti senamrobik bersama dua watak tersebut juga diadakan.

“Ini juga merupakan satu gimik kelainan yang cuba dilakukan oleh pihak kami agar murid ceria memulakan persekolahan seawal pukul 7.30 pagi ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seramai 1,400 murid dari Tahun Satu sehingga Tahun Enam mendaftar bagi sesi persekolahan 2018 di sekolah itu hari ini. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NURAIKHA SHARIPUL BAHARI