Majlis perasmian pertandingan itu disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Safie; Ketua Biro Utusan Malaysia Pahang, Mohd. Shariza Abdullah dan Pegawai Perhubungan Awam UMP, Mimi Rabita Abd. Wahit.

Pertandingan selama empat jam itu bermula pukul 8.35 pagi.

Pertandingan memancing berkenaan menawarkan pelbagai hadiah menarik iaitu wang tunai RM7,000 bagi pemenang pertama, RM2,500 (naib juara) dan RM1,000 (tempat ketiga) selain pelbagai hadiah sagu hati serta cabutan bertuah.

Dengan yuran penyertaan sebanyak RM40, peserta 400 terawal berpeluang mendapat sehelai baju T, air Oishi satu liter dan tambah nilai RM10 daripada Celcom. - UTUSAN ONLINE