Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMT fokus kepada penyelidikan translasional

UMT
KUALA TERENGGANU 16 Feb - Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar berucap pada Majlis Amanat Naib Canselor Tahun 2017 di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini. - IHSAN UMT

KUALA TERENGGANU 16 Feb. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memberi fokus terhadap gerak kerja penyelidikan translasional pada tahun ini seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi.

Penyelidikan translasional ini bakal memberi lebih perhatian kepada program dan aktiviti yang dapat memberikan lebih manfaat kepada komuniti, sekali gus memberi impak ke arah turut membantu menyelesaikan masalah negeri dan negara di samping impak kepada isu global.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar semasa berucap dalam dalam Majlis Amanat Naib Canselor Tahun 2017 di sini hari ini berkata, bagi mendokong usaha berkenaan, banyak perancangan telah dirangka antaranya dengan penawaran lapan program sarjana baharu.

 "Ini  seperti Sarjana Sains Perikanan Tropika Lestari, Sarjana Statistik Marin dan Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar) yang diharapkan boleh menyumbang kepada komuniti dan negara.

"UMT juga akan mewujudkan ladang kelulut secara komersil di Kampus UMT di Bukit Kor yang berkeluasan lima hektar yang dijangka mampu mengeluarkan produk madu kelulut mengikut piawaian untuk dipasarkan dan bakal memberi manfaat kepada komuniti tani,"ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain