Pembangunan UiTMSAT-1 itu merupakan hasil projek kolaborasi pasukan universiti itu yang mewakili Malaysia dengan pasukan daripada Buthan dan Filipina di bawah program Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2). 

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Hassan Said, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said, pelancaran UiTMSAT-1 itu berjaya disempurnakan di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat menerusi roket SpaceX Falcon 9 tepat pada pukul 5.46 petang ini waktu tempatan. - UTUSAN ONLINE