Rektor UiTM Kampus Machang, Dr. Tuan Mohd. Rosli Tuan Hassan berkata, ekspedisi berkenaan akan melibatkan semua kampus UiTM di seluruh negara untuk mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records.

"Untuk UiTM cawangan Kelantan, kita akan mendaki tiga puncak iaitu Puncak Gunung Stong, Gunung Baha dan Gunung Ayam di Hutan Jelawang.

"Kesemua peserta akan mula bertolak esok untuk ke Kem Baha sebelum mendaki ketiga-tiga puncak berkenaan pada sebelah pagi 11 November ini secara serentak oleh semua UiTM di seluruh negara," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tuan Mohd. Rosli berkata, pendakian ketiga-tiga puncak berkenaan akan mengambil masa di antara empat hingga lima jam. - UTUSAN ONLINE