Turut dipaparkan di muka hadapan surat khabar itu adalah senarai 50 nama mangsa yang meninggal dunia akibat serangan pengganas kulit putih Jumaat lalu.

Muka hadapan The Press
Muka hadapan The Press 

Rata-rata warganet menyifatkan tindakan The Press itu sebagai menakjubkan.

"New Zealand, anda sangat menakjubkan. Ada membenarkan azan disiarkan di televisyen genap seminggu kejadian ganas berlaku, kini perkataan salam yang bermaksud damai di muka hadapan akhbar," kata Nadia Basioni.

"Salam, kedamaian ke atas anda. Wow, bijak, muka hadapan surat khabar New Zealand, The Press hari ini. Jumaat pertama selepas seminggu serangan," komen Bazuki Muhammad.

"Terima kasih akhbar. Hanya di New Zealand," tulis Mike Rammelt.

Sebelum ini, polis New Zealand mengesahkan identiti semua 50 mangsa yang terkorban dalam serangan di dua buah masjid di Christchurch pada Jumaat lalu telah dikenal pasti.

Turut terkorban, Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang dan remaja itu merupakan yang terakhir disahkan kematiannya.-UTUSAN ONLINE