Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir berkata, melalui jalinan kerjasama itu, kemahiran dan kepakaran dimiliki warga pusat pengjian tinggi terutama di negeri ini dapat dimanfaatkan berterusan bagi meningkatkan  lagi.kecmerlangan anak negeri dalam akademik dan lapangan kehidupan.

Mohd Zubir berkata, bidang pengajaran dan pembelajaran masa kini memerlukan pelbagai pendekatan baharu untuk menyemai minat dan merangsang pelajar menguasai bahasa dunia itu.

"Ini menuntut insiatif mencari pendekatan lebih kreatif atau  berbeza, dan tidak hanya bergantung kepada buku teks dengan 
pendekatan biasa semata-mata,"ujarnya.

 Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, di sini 
hari ini yang dianjurkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

 Persidangan selama dua hari itu memgumpul 120 ahli akademik tempatan dan luar negara termasuk dari India, Pakistan, Oman dan Jordan untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan tentang bidang kajian yang meliputi kesusasteraan dan pengajaran Bahasa Inggeris.

 Menurut Mohd Zubir, pada dasarnya penguasaan Bahasa Inggeris dalam aspek membaca dan menulis di kalangan pelajar di negeri ini semakin baik namun mereka agak sukar bertutur atau  berkomunikasi dengan lancar  dengan keadaan persekitaran yang seakan membataskan.- UTUSAN ONLINE