Subramaniam menunjukan mukanya yang dicederakan oleh penjenayah
Subramaniam menunjukan mukanya yang dicederakan oleh penjenayah

Mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam, 50-an, luka di pipi dan tangan kiri manakala isterinya, 56, cedera di leher kanan dipercayai akibat bergelut dengan penjenayah.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi apabila tiga penjenayah menyerbu masuk ke dalam rumah pasangan berkenaan sebaik saja mereka membuka pintu jeriji besi untuk keluar bersembahyang di depan rumah.

"Dua daripada suspek memakai topeng manakala seorang memakai topi keledar hitam sambil mengacu sebilah pisau pemotong daging.

"Ketiga-tiga suspek mengarahkan mangsa masuk ke dalam rumah sebelum merampas rantai leher dipakai mangsa lelaki dan melarikan diri," katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE