Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pelatih itu dikesan hilang selepas warden bertugas mengambil kehadiran pelajar selepas satu program ceramah di sekolah itu tamat.

Menurutnya, ketika ceramah berlangsung, ketiga-tiga mereka dilihat menyapu sampah dan membersihkan kawasan berhampiran pagar sekolah sebelum meloloskan diri melalui lubang pada pagar.

“Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan kehilangan mereka ada kaitan dengan kes kecurian motosikal di sekitar kawasan Teluk Air Tawar hasil daripada rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

“Operasi mengesan mereka yang berusia 17 dan 18 tahun dan berasal dari Terengganu dan Kedah itu sedang giat dijalankan di kawasan sekitar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya kes itu disiasat di bawah Seksyen 71 Akta Kank-kanak 2001. - UTUSAN ONLINE