Permohonan maaf yang disiarkan hari ini dalam laman sesawang akbar itu menyatakan,"Adalah menjadi amalam The Star untuk menghormati hari pertama Ramadan setiap tahun dengan meletakkan gambar umat Islam mengerjakan solat terawih di muka hadapan. Amalan ini telah dilakukan sedekad lalu.

"Tahun ini, terdapat satu kebetulan yang malang apabila tajuk utama berkaitan pemimpin pengganas dan ramai yang mengaitkan tajuk tersebut dengan gambar umat Islam sedang bersembahyang, yang tidak langsung menjadi niat akhbar ini."

The Star

Tambah kenyataan tersebut, dengan pengalaman lalu, The Star sepatutnya lebih arif dan sensitif terhadap perasaan pembaca Islam.

"Kami memohon maaf di atas kesilapan di pihak kami," kata kenyataan tersebut.-UTUSAN ONLINE