Manfaat besar itu dinyatakan Penyelia Kanan Tabika Kemas kawasan parlimen itu, Abu Yamin Madar yang mana pihaknya akan meneruskan usaha untuk menambah baik kemudahan pembelajaran Tabika Kemas pada masa depan termasuk kualiti tenaga pengajar.

“Kita sentiasa mementingkan kualiti Tabika Kemas di daerah ini supaya ia selari dengan perkembangan semasa. Selain akademik, kita turut mencungkil potensi bakat kanak-kanak dalam pelbagai bidang lain seperti sukan dan sebagainya.

“Malah, potensi itu kita kembangkan menerusi pertandingan di peringkat parlimen, daerah, negeri dan kebangsaan. Selain itu, kita turut menekankan kepada aspek penghayatan Islam kepada kanak-kanak menerusi bacaan al-Quran dan fardu ain ,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan pemantauan di empat buah Tabika Kemas di Parlimen Sabak Bernam, di sini hari ini.

Pada masa sama, Abu Yamin turut menyatakan sambutan dan keyakinan ibu bapa terhadap Tabika Kemas ketika ini amat baik meskipun banyak tabika-tabika swasta beroperasi di sekitar Sabak Bernam ketika ini. - UTUSAN ONLINE