Memetik laporan Sinar Harian, Ketua UMNO Bahagian Cheras itu meinggalkan UMNO atas sebab
demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan.

"Secara rasminya saya nak beritahu bahawasanya saya ambil keputusan yang berat untuk saya umumkan di sini saya keluar daripada UMNO," katanya di Dewan Pusat Rekreasi, Cheras, sebentar tadi.

Bekas Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan itu selama ini dikenali sebagai pemimpin UMNO yang sentiasa lantang mempertahankan parti terbesar orang Melayu itu.-UTUSAN ONLINE