Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

STPM: Terengganu catat sejarah pencapaian

DUNGUN 28 Dis. - Terengganu melakar satu lagi rentetan kejayaan tahun ini dalam bidang pendidikan dengan sekali muncul sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Dalam keputusan yang dianggap paling bersejarah, negeri ini mengekalkan kedudukan bagi tahun ketiga berturut-turut dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.85 mengatasi PNGK nasional 2.71.

Sebanyak 39 daripada 47 buah sekolah mengatasi gred minimum PNGK nasional dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar
mencatat purata PNGK 2.84 manakala di luar bandar 2.85.

Seramai 15 calon memperoleh Semua A penuh (PNGK 4.0), 55 memperoleh Semua A (2.44 peratus), 5P&4P - seramai 1,785 (79.19 peratus), Lulus Penuh- seramai 2,248 (99.73 peratus) dan Lulus Sebahagian  seramai 5 (0.22 peratus).

Sejumlah 2,254 calon menduduki peperiksaan itu di negeri ini yang mencatatkan peningkatan berbanding 1,914 pada tahun sebelumnya.

Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah terbaik negeri dengan PGNK minimum 3.27  manakala calon dari SMK Bukit Payong Besut, Siti Zubaidah Ismail tersenarai antara pelajar terbaik di peringkat negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang turut hadhir dalam majlis pengumuman keputusan itu di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah di sini hari ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon dan warga pendidik. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain