Prasarana Malaysia Berhad memaklumkan, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan pihak Rapid KL terpaksa menutup stesen berkenaan buat sementara atas faktor keselamatan.

Menurut kenyataan itu, buat masa ini tren bagi laluan Gombak ke Putra Heights tidak akan berhenti mengambil penumpang di stesen LRT berkenaan.

“Para pelanggan dari Gombak atau Putra Heights yang ingin ke Stesen Kelana Jaya perlu turun di Stesen Taman Bahagia untuk menaiki bas perantara ke Stesen Kelana Jaya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, pengguna diminta mengikuti maklumat terkini menerusi saluran media sosial di Facebook dan Twitter Rapid KL untuk mendapatkan status terkini perkhidmatan LRT.

“Rapid KL ingin memohon maaf di atas kesulitan ini. Keselamatan penumpang adalah tanggungjawab kami,” jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE