Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Stacy selamat lahirkan bayi perempuan

Anak Stacy
GAMBAR kaki anak sulung Stacy dan Akim yang lahir pada petang tadi yang dikongsikan oelh Akim di akaun instagram beliau. - KOLEKSI INSTAGRAM AKIM

Kuala Lumpur 17 Feb.- Penyanyi Stacy Anam, 27, selamat melahirkan anak perempuan petang tadi.

Menerusi laman Instagram suaminya, Akim Ahmad,26, yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret, isterinya itu melahirkan anak pertama mereka pada jam 5.17 petang tadi di sebuah hospital.

"17.02.17 jam 17.17,  di petang Jumaat penghulu segala hari,isteri saya selamat melahirkan putri kami.

"Syukur semuanya baik-baik sahaja, terima kasih di atas doa anda semua," tulisnya di kapsyen gambar yang memaparkan gambar kaki anaknya itu.

Sementara itu Stacy  atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam,  dan Akim, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella yang kini berusia lima tahun.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain