Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Soniia, Jin Wei isi slot akhir badminton wanita

GOH JIN WEI
Pemain badminton negara, Goh Jin Wei membalas pukulan pemain Thailand, Pornpawee Chochuwong ketika separuh akhir badminton perseorangan wanita Sukan SEA ke-29 di Axiata Arena,Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Gelanggang badminton akan menyaksikan Malaysia sekurang-kurangnya pasti merangkul satu emas dalam Sukan SEA Ke-29 menerusi kategori  perseorangan wanita, apabila final acara itu menemukan kedua-dua wakil negara.

Pertarungan akhir yang akan berlangsung esok di Axiata Arena Bukit Jalil, bakal memperlihatkan pertarungan antara Soniia Cheah dan Goh Jin Wei yang berjaya menundukkan lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir hari ini.

Soniia selaku pilihan keempat menumpaskan pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung, 22-20, 21-13, manakala Jin Wei mengatasi Pornpawee Chochuwong dari Thailand, 21-9, 10-21 dan 21-18.

Beberapa lagi perlawanan masih berlangsung membabitkan beregu wanita, beregu campuran dan beregu lelaki negara. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain