Tempat kedua diraih SK Kompleks Gong Badak dan SMK Padang Kemunting manakala SK Kijal dan SMA Marang di tempat ketiga.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang dalam majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2016Peringkat Negeri Terengganu(BTPN) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Alias Talib.

Sebanyak 45 kategori dipertandingkan bagi merebut pelbagai anugerah dalam program anjuran BTPN Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri .

Program tahunan itu diadakan bagi mengiktiraf warga sekolah di dalam bidang-bidang khusus merangkumi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), PSS, Program Nilai, TV PSS dan anugerah khas lain.

Dalam pada itu, pelajar SK Kompleks Gong Badak, Mirrah Nashihin Akram menerima Anugerah Pengacara TV PSS Terbaik bagi kategori sekolah rendah manakala bagi kategori sekolah menengah menjadi milik pelajar SMA Maarif, Besut, Qathrun Nada Ahmad Jafny.

SK Kompleks Gong Badak turut memenangi anugerah TV PSS Terbaik bagi kategori sekolah rendah manakala SMK Ketengah Jaya bagi kategori sekolah menengah.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula menerima Anugerah Khas manakala Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mendapat  Penghargaan Organisasi. - UTUSAN ONLINE