Selain guru dan pihak pentadbir menyambut kehadiran mereka di pintu utama sekolah, murid-murid berkenaan menerima cenderahati sebagai penghargaan atas semangat yang ditunjukkan.

Menerusi program Guru Penyayang itu, seramai 24 murid menerima cenderahati masing-masing kerana hadir awal ke sekolah berkenaan.

Seorang murid tahun enam, Nuha Insyirah Mohd. Sabi, 12, berkata, dia teruja dan tidak sabar meneruskan sesi persekolahan baharu dengan melakukan persiapan seawal pukul 6 pagi.

''Saya bertambah gembira apabila dipilih sebagai murid terawal hadir ke sekolah dan menerima cenderahati khas," katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE