Mohd. Ridhwan Othman
Mohd. Ridhwan Othman 

Presidennya, Mohd. Ridhwan Othman berkata, sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan nilai asas jati diri Melayu, permohonan maaf Menteri Besar itu hendaklah dilakukan secara jujur dan ikhlas.

“Dia nampaknya tidak ikhlas kerana kami difahamkan permohonan maaf itu dinyatakan hanya kepada beberapa orang media yang terserempak dengan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

“Kelakuan seperti itu adalah terpesong dari adab dan tatasusila anak Johor. Dia sepatutnya bersikap terbuka dalam usaha mempertahankan maruahnya sebagai seorang Menteri Besar, 
Pengerusi Bersatu Johor dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, Perimau memandang serius perkara itu kerana sikap dan perlakuan pemimpin 

mempengaruhi pembentukan modal insan generasi hari ini dan akan datang. 

Bagaimanapun, katanya, Osman langsung tidak memperlihatkan kredibiliti dan integriti 

seorang pemimpin setelah pembohongannya terbongkar, malah permohonan maaf beliau juga dilakukan dengan tidak ikhlas. - UTUSAN ONLINE.