TEOH CHEE KONG
TEOH CHEE KANG

 

Menurut sumber, Teoh Chee Kang, 52, ditahan sepasukan pegawai SPRM kira-kira pukul 12 tengah hari dan akan didakwa di mahkamah esok selepas siasatan kes tersebut dijalankan selama lebih setahun.

“Kami telah menjalankan siasatan dan suspek akan dibawa ke mahkamah pada kira-kira pukul 9 pagi esok untuk didakwa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 4 Oktober tahun lalu, Chee Kong bersama bekas pengarah jabatan itu, Awang Mohd. Tahir Mohd. Talib, 54, ditahan SPRM dan selepas menggeledah pejabat dan kediaman kedua-dua suspek.

SPRM menemukan wang tunai sebanyak RM52 juta iaitu RM7 juta milik Chee Kong manakala RM45 juta milik Awang Mohd. Tahir.

Turut ditemukan adalah barangan kemas, wang tunai di dalam beberapa akaun di luar negara serta geran-geran tanah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM180 juta termasuk wang tunai.

Sejak kes rasuah itu terbongkar, tiga suspek didakwa di mahkamah iaitu Awang Mohd. Tahir dan isterinya, Fauziah Piut, 51, serta seorang lagi bekas timbalan jabatan itu, Lim Lam Beng, 62.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001. - UTUSAN ONLINE