Bagaimanapun, penyanyi itu berkata, dia kini lebih selesa dikenali sebagai  Zarul Husin sementelah karier solonya semakin berkembang dengan single baharu, Jangan Pernah.

Jelasnya, dia tidak kisah untuk dipanggil Zarul Umbrella ataupun Zarul Husin biarpun mungkin peminat akan mula keliru dengan pengunaan kedua-dua nama.

Dalam sebuah persembahan di Istana Budaya baru-baru ini, penyanyi berusia 43 itu sudah mula memperkenalkan dirinya sebagai Zarul Husin.

Perkara tersebut telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya status vokalis kumpulan tersebut.- UTUSAN ONLINE