Menurut syarikat berkenaan, siasatan terhadap agensi pekerjaan terbabit dilakukan ekoran laporan media tentang isu membabitkan pekerja asing di negara ini.

“Kami masih menjalankan siasatan terhadap agensi-agensi pekerjaan yang lain,” kata Samsung dalam kenyataan di sini hari ini.

Samsung menegaskan, syarikat itu serta semua pembekalnya dikehendaki mematuhi undang-undang buruh tempatan, Kod Tatalaku Samsung dan Kod Tatalaku Samsung bagi memastikan hak-hak pekerja terjamin. - UTUSAN ONLINE