Biarpun menjadi murid tunggal berketurunan India dalam kelasnya, namun perkara itu bukan halangan bagi murid yang lebih mesra dengan panggilan ‘Salaman’ itu bergaul mesra dan berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin dengan sahabat yang lain.

Malah ketika guru subjek Sains sekolah itu, Chin Sook Lan meminta dia menulis nama sendiri dalam tulisan Cina di papan hitam, anak kepada pasangan guru dan mekanik yang berasal dari Kubang Kerian ini tidak mempunyai masalah berbuat demikian.

“Saya mula belajar Bahasa Mandarin di semasa masuk kelas pra sekolah di sini tahun lalu.

“Saya suka bercakap Cina dengan kawan-kawan dan mahu jadi polis penyiasat bila besar nanti,” katanya ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Sebanyak 201 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan baharu 2018 di sekolah itu termasuk lebih 31 murid keturunan Melayu dan seorang India. - UTUSAN ONLINE