Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Mohd. Anuar Ostadi membenarkan suspek lelaki dijamin dengan jaminan RM3,000 dan RM47,000 tanpa cagaran, manakala isterinya dibenarkan jaminan RM2,000 dan RM8,000 tanpa cagaran.

Terdahulu, mereka yang berusia 35 dan 32 tahun tiba di pekarangan kompleks mahkamah tersebut pada pukul 10.20 pagi dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - UTUSAN ONLINE