Turut mengambil bahagian ialah anakanda kedua baginda Puteri Sharifah Farah Adriana Syed Faizuddin Putra Jamalullail, 16 tahun.

Baginda berdua yang turut diiringi pasukan ‘Team Spartan Perlis’ seramai 19 peserta yang lain berjaya menamatkan cabaran sukar sejauh 21km merentasi lebih 30 jenis halangan yang berbeza.

Spartan Race kali ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 5,000 orang peserta daripada dalam dan luar negara termasuklah dari negara Perancis, Amerika Syarikat, Filipina, China, Taiwan dan Singapura.

Turut dipertandingkan pada kali ini ialah kategori Ultra Beast, Sprint dan juga Elite.

Tuanku Raja Puan Muda Perlis sebelum ini telah pernah mengambil bahagian dan berjaya menamatkan pertandingan di dalam kategori ‘Sprint’ (5km+ melalui 20+ halangan) dan ‘Super’ (13km+ melalui 25+ halangan) yang dilangsungkan di Putrajaya dan kini telah berjaya memiliki ketiga-tiga medal ‘Trifecta’ iaitu merangkumi kategori ‘Sprint, Super dan Beast’.

Terdapat 240 pertandingan ‘Spartan Races’ yang dianjurkan di 25 buah negara pada setiap tahun.

Di dalam setiap ‘Spartan Race’ para peserta dikehendaki berlari, memanjat, menolak, menarik, membaling dan merangkak merentasi pelbagai bentuk dinding, bukit, pokok, selut, kawat berduri dan halangan yang sukar tapi amat menarik. - UTUSAN ONLINE