Hari pertama cabaran Sukan Asia 2018 membuka tirainya secara rasmi menyaksikan atlet negara berjaya merangkul sebutir pingat gangsa.

Pingat tersebut disumbangkan oleh atlet taekwondo, Yap Khim Wen menerusi acara Poomsae wanita.

Dalam aksi separuh akhir di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di Jakarta siang tadi, Khim Wen meraih 8.3 mata tewas kepada Marjan Salahsouri dari Iran dengan kutipan 8.430 mata. - UTUSAN ONLINE

KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 CHINA 7 5 4 16
2 JEPUN 3 6 5 14
3 KOREA SELATAN 2 3 5 10
4 KAZAKHSTAN 1 1 1 3
5 INDONESIA 1 1 0 2
6 TAIWAN 1 0 3 4
7 INDIA 1 0 1 2
7 THAILAND 1 0 1 2
9 UZBEKISTAN 1 0 1 2
10 MONGOLIA 1 0 0 1
** ** ** ** ** **
15 MALAYSIA 0 0 1 1
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 11.00pm (waktu Malaysia)
Sumber: en.asiangames2018.id/medals