Chow Kon Yeow
CHOW KON YEOW

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, sehubungan itu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal yang telah ditandingi Hock Seng selama dua penggal akan digantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee.

Katanya, turut digugurkan ialah penyandang kerusi Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Ng Wei Aik yang merupakan Ahli Parlimen Tanjung.

"Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan kekal bertanding di Parlimen Bagan manakala saya akan kembali bertanding di kerusi Parlimen Tanjung," katanya di sini hari ini.

Pengumuman Kon Yeow mengenai pengguguran Hock Seng  dilihat mengejutkan memandangkan beliau banyak mempertahankan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Guan Eng yang diasak pelbagai pihak tentang dalam isu kontroversi projek terowong dasar laut sebelum ini sehingga mengundang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - UTUSAN ONLINE