Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut merupakan satu transformasi untuk memantapkan kaedah pembelajaran sekolah agama di negeri ini.

“Selain program pengekodan itu, kita juga bercadang memperkenalkan mata pelajaran sejarah Johor di sekolah agama kerana subjek ini tidak diajar di sekolah kebangsaan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE