SEREMBAN - 26 Disember 2017 ,Temuramah dengan Ketua Pengarah Pelajaran
Datuk Dr. Amin Senin

Ketua Pengarah Pelajaran,  Datuk Dr. Amin Senin berkata, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi 29 November dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang 8 Disember depan.

"Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semakan keputusan UPSR dan PASR 2018 juga boleh dibuat melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.

Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik(PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR)bagi murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif yang Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.-UTUSAN ONLINE