MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya yakin pengetua sekolah akan memberi kerjasama sebaik mungkin dalam perkara ini.

"Kementerian memberi kebenaran kepada pihak polis masuk menjalankan siasatan dan menangkap pelajar yang disyaki terlibat dengan kongsi gelap.

"Kita biarkan polis ambil tindakan sewajarnya setelah perkara ini dimaklumkan kepada pengetua sekolah berkenaan atau Pejabat Pendidikan Daerah, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) di Felda Lubuk Merbau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang penahanan 13 pelajar kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap, Geng 24 di sekitar Klang, hari ini.-UTUSAN ONLINE