Penolong Pengarah Siasatan Jenayah (Kewangan/Perbankan/Koperasi/Insurans) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohd. Noor berkata, suspek dikenal pasti sebagai Mohd. Faizal Khalid Rahman, 32, serta bernombor kad pengenalan 840119-04-5074.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, alamat terakhir suspek adalah di No. 37, Jalan 3/14, Serdang Jaya, 43100 Seri Kembangan, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh berhubung dengan pegawai penyiasat iaitu Superintenden Mohd. Asmadi Yusoff di talian 03-269191168 atau 019-5426142 serta Inspektor Hafizah Raduan (03-26101194/013-8627709),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ramli, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu. - UTUSAN ONLINE