Majlis anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tahun baharu cina

Mengenakan baju berwarna merah, ketibaan Najib dan isteri pada pukul 9 malam disambut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mewakili masyarakat Cina dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan tetamu kenamaan kemudian memotong riben berwarna merah bagi melepaskan tanglung gergasi sebagai simbolik perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2017.

Selain jamuan rakyat, majlis itu menjadi landasan untuk menonjolkan kekayaan budaya dan seni masyarakat Cina serta menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.- UTUSAN ONLINE