Gabungan Aktivitis Mahasiswa (Malaya) yang terdiri daripada mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan tidak terkecuali hadir mewarnai perhimpunan kali ini.

Lebih 100 ahli Malaya terbabit dalam persembahan seni patriotik dan program ucapan awam di sekitar PWTC semalam.

Selain menghiburkan pengunjung, mereka turut berharap dapat menyampaikan mesej jelas kepada pemimpin yang banyak menghadiri perhimpunan semalam.

Kumpulan itu turut menyambut ketibaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan PWTC sebelum bergerak membuat persembahan ke tiga lokasi di sekitar pusat konvensyen berkenaan - UTUSAN ONLINE