Lafaz tersebut diucapkan oleh Bade atau nama sebenarnya, Badaruddin Azmi, 53, selepas mendapat kebenaran Hakim Syarie, Syaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 11.32 pagi.

Bade memfailkan permohonan tersebut pada 10 Ogos lalu dengan memberikan alasan tiada persefahaman.

Permohonan cerai tersebut merupakan permohonan kali kedua yang mana sekitar 2015, Erma pernah mengambil tindakan serupa namun menarik balik pada 7 Oktober tahun sama.

Erma yang pernah memenangi gelaran pelakon wanita terbaik melalui filem Hati Bukan Kristal dan Femina, bernikah dengan Bade pada 30 November 1990 dan membesarkan lima anak angkat iaitu Ahmad Albab, 24, Ahmad Arri, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain,11.

Walau bagaimanapun pada 27 Mei 2014, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita bahawa Bade berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita berasal dari Pahang, Aida Abdullah.

Hasil perkahwinan kedua itu, Bade dikurniakan seorang anak. - UTUSAN ONLINE