Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan permohonan Mohamad Faizal menarik balik saman itu dengan kos RM3,500 atas alasan isu teknikal undang-undang dengan kebebasan memfailkan semula tuntutan baharu. 

Pada 31 Mac tahu lalu. Mohamad Faizal, 43, selaku pihak plaintif menamakan Nor Hamzie Md. Hambali sebagai pihak defendan dengan mendakwa artikel yang disiarkan pada 20 Februari 2012 dalam blog tersebut telah mencemar namanya ekoran didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram. - UTUSAN ONLINE