Arab yang sinonim dengan kumpulan duo, Arab & Aidit pernah popular melalui lagu Bila Bulan Berwarna Biru. 

Sementara itu Arab juga pernah seketika menjadi vokalis kumpulan Lefthanded untuk album Nafas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Marina Abdul Manap dan tiga orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di Labis, Johor selepas solat Asar hari ini.-UTUSAN ONLINE