Pengunjung ke 2.5 juta Adzmi Husin, 62 dari Naka, Kedah tiba di MAHA 2016 pada pukul 9.30 pagi.   

Adzmi yang juga peladang getah dan pesawah padi mendapat hadiah mesin gergaji pemotong pokok dan mesin pemotong rumput.

Pengumuman oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman di Laman Armada Jentera.

MAHA 2016 akan berlangsung sehingga Ahad ini.-UTUSAN  ONLINE