Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, allahyarham banyak memberikan motivasi yang menjadi perangsang buat anak-anak muda dan para usahawan.

"Saya mengenali beliau ketika saya masih bekerja di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

"Pada ketika itu, beliau adalah seorang pakar motivasi yang amat saya kagumi," katanya ketika ditemui di kediaman Villa Maznah di Ampang,  di sini malam tadi.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, rakan - rakan dalam dunia politik  dan perniagaan, antaranya ; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. - UTUSAN ONLINE