Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hanafi Mamat berkata, kesan pembangunan tidak lestari itu menyebabkan kawasan yang selama ini tidak pernah banjir turut terkena tempias tersebut.

 Justeru katanya,  satu kajian menyeluruh berhubung punca banjir dan aspek pembangunan perlu dilakukan secara menyeluruh oleh Kerajaan Pas Kelantan bagi mengelakan masalah tersebut kembali berulang pada masa hadapan.

 "Kajian ini perlu mengambil kira sistem saliran air kerana ia merupakan salah satu faktor penyumbang kepada banjir," katanya.

  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Merasmikan Program Kasihi Pekebun Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Kelantan Utara di sini hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu banjir yang melanda negeri ini pada minggu lalu.- UTUSAN ONLINE