Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mangsa dikenali Nyi Nyi Aung, 31, didapati telah meninggal dunia sebaik pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Katanya, insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 1.40 tengah hari.

"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan diketuai pegawai bomba kanan Jude Anak Reiny telah bertindak mengeluarkan mangsa dengan bantuan mekanik di kilang berkenaan bagi mengangkat mesin pengisar tanah menggunakan jentera angkat susun," katanya.

Menurut jurucakap itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang turut berada di tempat kejadian.

Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.-BERNAMA