Kemenangan itu diraikan oleh penyokong-penyokong Ibrahim dengan mengibarkan bendera MDP berwarna kuning dan berlogo gambar dacing berwarna biru sambil menari di sepanjang jalan di negara tersebut.

Ibrahim mendapat sokongan daripada empat gabungan parti pembangkang yang cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Abdulla Yameen yang menjadi Presiden Maldives sebelum ini.

Pilihan raya semalam diadakan selepas lima tahun Abdulla memegang tampuk pemerintahan, dalam keadaan di mana pembangkang dan pemantau hak asasi mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Maldives mempunyai 26 pulau batu karang berbentuk cincin dan 1,192 pulau, menjadikan pelancongan sebagai sumber ekonominya.-Agensi