OTAK2Antara gerai yang mendapat sambutan menggalakkan adalah gerai Otak-Otak Ledang yang terletak di Empayar Makanan, Dewan D, MAEPS, Serdang.

Istimewanya gerai ini bukan sahaja menyediakan otak-otak menggunakan ikan segar, tetapi turut menginovasikan otak-otak menjadi produk makanan lain seperti burger, oblong dan jejari otak-otak.

Pemilik gerai Norlizah Haman, 40, berkata, idea untuk menghasilkan lebih banyak produk makanan berasaskan otak-otak bermula apabila permintaan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan.

"Bermula daripada situ saya dan suami mula mendapat idea untuk mencipta lebih banyak produk makanan menggunakan otak-otak dan hasilnya tidak mengecewakan malah pelanggan juga suka dengan apa yang kami hasilkan.

"Selepas ini kami bercadang untuk komersialkan burger dan oblong otak-otak, dan kepada mereka yang berhasrat untuk menjadi peniaga produk berkenaan, kami akan bekalkan dengan gerai jualan sekali," katanya ketika ditemui Utusan Online di sini hari ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi agen kepada produk Otak-Otak Ledang boleh dapatkan maklumat di Facebook Norlin Frozen Food atau hubungi Norlin di talian 017-6101576 atau 012-6765942.-UTUSAN ONLINE