akifcafe
akifcafe

Pemilik gerai, Asharuddin Arifin, 38, berkata, untuk membuat kopi tersebut dia menggunakan durian jenis Musang King.

"Saya memilih durian Musang King kerana rasanya yang kuat menaikkan aroma kopi keluaran Akifkafe.

"Insya-Allah perisa kopi durian ini kita akan buat dalam bentuk bungkusan kopi segera 3 dalam 1 di masa akan datang," katanya ketika ditemui Utusan Online di sini hari ini.

Asharuddin berkata, ketika ini terdapat lima perisa kopi keluaran syarikatnya iaitu White Coffee Classic, Hazelnut, Mocha, Teh Tarik dan Black Coffee.

"Harga bagi setiap bungkusan ialah RM15.90 dan sempena MAHA kita bagi harga promosi iaitu RM20 untuk dua bungkus.

"Selain kopi segera 3 dalam 1, kita juga ada menjual kopi o cap badak dengan harga RM3 bagi 200 gram dan RM5 bagi 400 gram," ujarnya yang baru-baru ini memperoleh Anugerah Usahawan Harapan dalam Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI). - UTUSAN ONLINE