NEMANJA VIDIC
NEMANJA VIDIC

Salah seorang daripadanya ialah pemain tengah kelahiran Serbia, Nemanja Vidic, 28, yang sebelum ini menyarung jersi FK Novipazar FC dalam Liga Super Serbia.

Skuad negeri itu juga akan diperkuat oleh penjaring terbanyak liga Vietnam, Marko Simic, 28, dari Croatia yang pernah beraksi untuk kelab Dong Tam Long An FC.

Selain itu, pasukan tersebut akan menggunakan khidmat pemain tengah kelahiran England, Lee Andrew Tuck, 28, dan pemain Jepun, Brunojunichi Suzukicastanheira, 27.

Kesemua pemain import itu dan pemain tempatan skuad Liga Perdana Negeri Sembilan diperkenalkan dalam satu majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini petang tadi. -  UTUSAN ONLINE